Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Potret Jokowi ‘Dibuang’ Dari...

CANBERRA — Marah susulan hukuman mati dua pengedar dadah warga Australia, sebuah foto wajah...

Nadir Bumi Berlion-Lion Harapan...

CERITA tentang nadir bumi (REE) anugerah Tuhan di Kedah dianggarkan bernilai RM62 bilion...

Bayi Punca MH135 Mendarat...

PETALING JAYA - Bayi baharu lahir kepada seorang penumpang wanita warga Australia yang...

Kerajaan Tubuh Tabung Bantuan...

CYBERJAYA - Kerajaan bersetuju menubuhkan Tabung Bantuan Bencana Negara (TBBN) untuk menggalakkan orang...

Maharaja Akihito Akhiri Pemerintahan 3 Dekad

TOKYO – Maharaja Akihito akan menyerahkan takhta kepada anak sulungnya, Putera Naruhito, sekali gus mengakhiri pemerintahan tiga dekad.

Penyerahan takhta itu adalah kali pertama berlaku dalam monarki Jepun dalam tempoh dua abad.

Acara itu akan diadakan dalam satu majlis ringkas di Istana Imperial dan dijangka 300 orang akan menghadirinya.

Akihito, 85, adalah raja pertama Jepun yang mengambil takhta di bawah perlembagaan pasca perang yang mentakrifkan maharaja sebagai lambang rakyat tanpa kuasa politik.

Bapanya, Hirohito, yang namanya digunakan oleh tentera Jepun yang bertempur semasa Perang Dunia Kedua, dianggap sebagai dewa sehingga kekalahan Jepun pada tahun 1945.

Akihito, bersama dengan Maharani Michiko, isterinya yang berusia 60 tahun adalah orang biasa yang pertama berkahwin dengan pewaris kerajaan, berperanan aktif sebagai simbol perdamaian, keamanan dan demokrasi.

Maharaja Akihito, yang telah menjalani rawatan untuk kanser prostat dan pembedahan jantung memaklumkan pada tahun 2016, beliau khuatir usianya yang semakin lanjut akan menyukarkannya menjalankan tugasnya sepenuhnya.


Acara itu bermula pada tengah hari turut dihadiri Maharani Michiko, Putera Naruhito dan isterinya, Puteri Masoka dan ketua Parlimen dan hakim-hakim mahkamah agung.

Abe akan mengumumkan turun takhta dan Maharaja Akihito akan membuat ucapan terakhirnya.

Putera Naruhito, 59, akan dilantik sebagai Maharaja Jepun yang baharu esok. – Agensi

Kategori