Maghribi Lancar Tren Laju Pertama Di Afrika

PANTAS… Ketika kerajaan Malaysia bertindak tunda projek tren laju Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350 kilometer atas alasan bodoh konon jaraknya tidak…

PANTAS… Ketika kerajaan Malaysia bertindak tunda projek tren laju Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350 kilometer atas alasan bodoh konon jaraknya tidak praktikal, lain pula hal di Maghribi.

Negara Islam itu semalam lakar sejarah apabila lancar secara rasmi operasi kereta api laju, Al Boraq yang hubung Tangier dan Casablanca sejauh 200 kilometer dengan kos dijimatkan kepada 21.6 bilion dirham (RM9.5 bilion).

Majlis perasmian disempurnakan Raja Maghribi, Mohammed VI dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan dua pemimpin ini menaiki perjalanan pertama dari stesen Bogas ke ibu kota Rabat yang ambil masa sejam 10 minit.

Perancis merupakan pelabur utama projek rel canggih itu dan penganalisis ekonomi antarabangsa berpendapat bahawa kewujudan sistem kereta api laju sedemikian bakal tarik banyak pelaburan besar dari Eropah ke Maghribi.

Selain dana daripada Agensi Pembangunan Perancis dan Kesatuan Eropah, tiga buah kerajaan negara Arab turut sumbang modal pinjaman kepada projek infrastruktur rel ini iaitu Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu.

Baca: Raja Salman Rasmi Tren Laju Haramain Makkah-Madinah

Al Boraq; yang bersempena nama haiwan dinaiki Rasulullah SAW ke langit dari Baitulmaqdis ketika peristiwa Israk wal Mikraj lebih 14 abad lalu – menjadikan Maghribi muncul negara pertama di Afrika miliki tren berkelajuan tinggi.

Dengan jana 2,300 pekerjaan baharu, tren ini mampu pecut 320 kilometer sejam, sekali gus memendekkan tempoh perjalanan Tangier-Casablanca kepada hanya dua jam berbanding lima jam dengan perkhidmatan kereta api biasa.

Projek prasarana rel mega itu akan tingkat kapasiti penumpang kereta api daripada cuma tiga juta orang setahun kepada lebih 60 juta orang setahun menerusi 12 tren 10 gerabak yang setiap sebuah mampu muat 533 penumpang.

Operator rel kebangsaan Maghribi merancang bina landasan berkembar elektrik untuk pelbagai operasi tren laju sejauh 1,200 kilometer di seluruh negara dalam tempoh dua dekad akan datang. – Agensi/Mynewshub.TV

 

Loading...