Macamlah DAP Suci Sangat Dari Skandal

LIM Guan Eng (LGE) kata kerjasama PAS dan UMNO sebagai pengisytiharan perang kepada bukan Melayu. Timbalan Setiausaha DAP, Nga Kor Ming pula kata kerjasama ini akan menjadi negara Taliban di Afghanistan. Ketua Pemuda DAP, Howard Lee pula suruh PAS bertaubat.

Ertinya cukup lengkap pakej serangan DAP terhadap kerjasama PAS dan UMNO. Cuba reka cipta cerita untuk menimbulkan sangkaan buruk.

Macamlah DAP suci sangat daripada skandal dan mempunyai integriti. Seperti pepatah mengatakan ‘kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’.

Mungkin konsep taubat DAP, apabila mengikut telunjuk mereka baru dinamakan taubat.

Apa makna semua ini?

Kenyataan ini hanya boleh difikir oleh orang yang mampu berfikir. Mereka yang makan dedak dan sagon DAP memang tidak mampu untuk berfikir. Kenyataan pemimpin DAP dianggap suci dan mesti dipertahankan.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
10 Mac 2019 – HARAKAHDAILY

Loading...