Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MARA Beli 3 Bangunan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Majlis...

Penduduk Kampung Rambai Gempar...

Oleh Mohd Noor Firdaus Mohd AzilTANAH MERAH (Bernama) -- Penduduk Kampung Rambai di...

Fathia Nafi Bakal Kahwin...

SERING dihimpit nasib malang dalam percintaan, bintang jelita, Fathia Latiff sensasi di portal...

Grand Lexis Disenarai Guinness...

PORT DICKSON - Grand Lexis Hibiscus hari ini disenaraikan dalam Guinness World Records...

Maaf… Hanya Lelaki Bujang Untuk Kilafairy!

WANITA yang baik peribadinya pasti mati-matian mahu mengelak daripada berbahagia di atas kesedihan dan kekecewaan wanita yang lain.

Bagi pelakon yang sering tampil dengan imej seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 25, sehabis boleh mahu mengelak daripada jatuh cinta pada suami orang!

“Ada golongan suami orang yang cuba merapatkan diri dengan saya. Saya mengambil pendekatan mudah, saya tidak memberikan respon dan enggan melayan mereka,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Kila juga mengakui bahawa ramai suami orang sering tertarik kepadanya, namun anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu bertegas bahawa dia tidak mahu suami orang, sebaliknya mengimpikan lelaki bujang sebagai calon pilihan.

“Kalau sudah jodoh, memang tidak boleh elak, tetapi sebaiknya saya enggan menghampiri lelaki yang berstatus suami orang. Biarlah pasangan hidup saya nanti seorang yang bujang,” ujar Kila yang turut dikenali menerusi lagu Pasti.


Bagaimanapun, Kila yang juga rakan baik kepada pelakon cantik manis, Izara Aisyah itu turut mengakui bahawa dia kini masih lagi solo.

“Saya masih solo dan selesa berkawan sahaja. Biar saya fokus dengan kerjaya terlebih dahulu, barulah saya memikirkan mengenai soal cinta.

“Saya juga bakal muncul dengan single terbaru bersama penyanyi antarabangsa, Sean Kingston yang berjudul Put The Word In,” kata gadis manis yang berasal dari ibu kota itu.

Tambahnya lagi, dia juga memberitahu bahawa single tersebut bakal dikeluarkan pada 12 Januari hadapan.

Tak apa lah kalau jodoh tak sampai lagi, asalkan jangan rampas suami orang sudah lah kan! – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori