Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lama Hilang, Shahir ‘Muncul’...

SELEPAS 'hilang' hampir enam bulan, kini wajah tampan penyanyi Shahir Zawawi telah kelihatan...

Terbaiklah Abang Polis!

KOTA KINABALU - Rakaman video memaparkan dua anggota polis memberi nasihat sebelum menghulurkan...

Arsenal Denda Szczesny RM100,000...

LONDON - Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dikenakan denda STG20,000 (RM100,000) kerana merokok...

PAS Hilang Fokus Bantu...

KUALA LUMPUR - PAS disifatkan sebagai sebuah parti Islam yang telah hilang fokus...

“Maaf Dan Terima Kasih Malaysia” – Khairy

“SAYA telah cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.”

Demikian luahan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi laman sosial Facebook miliknya, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, hari ini adalah permulaan baharu untuk Malaysia dan suara keramat rakyat memilih perubahan yang cukup jelas serta nyata.

Khairy yang juga Ketua Pemuda BN berkata, peralihan kuasa perlu berlangsung dengan lancar tanpa sebarang percubaan untuk menafikan suara rakyat.

“Kekalahan ini adalah mesej yang jelas dari rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlu bermuhasabah sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah kehadapan. 


“Menuju ke hadapan, kita perlu menjadi gerakan politik yang lebih baik dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan lain,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu turut mengucapkan terima kasih di atas mandat diberikan rakyat Rembau dan akan terus bekerja keras untuk membangunkan kawasan berkenaan.

“Cinta saya yang paling utama adalah kepada Malaysia dan rakyatnya. Saya amat berterima kasih di atas mandat yang diberikan rakyat Rembau dan akan terus berkerja keras untuk membangunkan kawasan saya.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori