Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kedai Peralatan Komputer Rugi...

IPOH - Sebuah kedai menjual peralatan komputer di Jalan Denai Intan, Bandar Baru,...

Mansuh Sekolah Vernakular Boleh...

KUALA LUMPUR - Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor,...

Malaysia Batal Hos Kongres...

KUALA LUMPUR - Malaysia sudah melepaskan haknya untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres...

Logo Baharu PN: PAS...

MARANG : Pas secara dasarnya bersetuju dengan penggunaan logo baharu Perikatan Nasional (PN)...

Lynas Tunggu Makluman Rasmi Malaysia

SYDNEY – Lynas Corporation Limited (Lynas) menunggu pemberitahuan rasmi daripada Kerajaan Malaysia berhubung syarat pembaharuan lesen operasi Lynas Malaysia.

Bagaimanapun firma itu menyambut baik kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan eksport sisa bahan bukan lagi syarat kepada pembaharuan operasi Lynas Malaysia.

“Walaupun syarikat menunggu pemberitahuan rasmi daripada Kerajaan Malaysia, kami akan meneruskan kerja awal berhubung hasil yang menjadi subjek spekulasi media, termasuk kerja-kerja permulaan di lokasi untuk Kemudahan Pembuangan Tetap (PDF) sisa buangan Water Leached Purification Residue (WLP).

“Ia termasuk Rangka Kerja Perancangan Lynas yang telah diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom pada 2014, susulan persetujuan Kerajaan Negeri Pahang untuk Lynas untuk mencari kemudahan pelupusan tetap (PDF) di negeri Pahang,” kata Lynas.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, kerajaan masih menunggu cadangan Lynas Corp dalam mengendalikan sisa memproses nadir buminya.

“Kami memberikan syarat ini kepada Lynas supaya mereka mempunyai perancangan dalam mengendalikan sisa berkenaan. Kami sedang menunggu mereka untuk memaklumkan kepada kami bagaimana mereka akan melakukannya.


“Sama ada mereka akan mencari tempat yang mereka boleh lupuskan sisa itu ataupun tidak,” kata Dr. Mahathir.

Akhir tahun lepas, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengenakan dua syarat untuk perbaharui lesen Lynas Advance Materials Plant (LAMP), termasuk menghantar keluar sisa bahan radioaktif dari negara ini.

LAMP juga perlu memastikan sisa buangan “Water Leached Purification’’ (WLP) yang mengandungi bahan radioaktif dihantar keluar dari Malaysia.

Bagi pelupusan sisa buangan bukan radioaktif tidak berjadual “Neutralization Underflow Residue (NUF)”, LAMP perlu mengemukakan pelan tindakan bagi pembuangan sisa terkumpul itu sebelum dipertimbangkan bagi kelulusan di bawah Peraturan-Peraturan 9 (6) dan 9 (7), Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. – Agensi

Kategori