Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Padah Gelar KPN Jeneral...

Seorang pengurus projek didakwa mengikut Kanun Keseksaan hari ini kerana memanggil Ketua Polis...

2 Lelaki Ditahan, 223...

SANDAKAN - Polis Sandakan menahan dua lelaki warga asing dan merampas 223.6 gram...

Dr M, Pakatan Harapan...

SUNGAI BESAR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan...

Title ‘Artis Segera’ Buat...

LAMBAKAN penyanyi dan pelakon baharu sekarang ni membuatkan mereka perlu bersaing antara satu...

Video: Lupa Tarik Handbrake, Bentley Rempuh Dinding

MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang dialami oleh seorang wanita di China apabila terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit disebabkan kecuaiannya sendiri.

Menerusi sebuah video yang tersebar di laman Internet memaparkan seorang wanita cuba menekan butang mesin parkir automatik sebuah pusat beli-belah namun tidak sampai hingga dia terpaksa keluar dari kenderaan mewahnya menyebabkan kereta jenis Bentley itu bergerak sendiri merempuh dinding.

Lupa Tarik Handbrake, Bentley Rempuh Dinding

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan wanita malang itu terlupa untuk menarik handbrake atau brek tangan kereta berkenaan.

Kereta Bentley itu bergerak dengan sendiri menuju ke bawah meskipun wanita itu cuba menahannya namun tidak berjaya apabila kereta mewah itu tetap meluncur laju sehingga merempuh dinding.


Wanita itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar nilai kerosakan yang dialami kereta bernilai £250,000 (RM1,407,378.43) itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori