Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Luang Masa Lawat...

KUBANG PASU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa melawat...

Senarai Barang Berkaitan GST...

IPOH - Senarai produk yang berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diwartakan...

Tuntutan Palsu: 12 Pegawai...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret, di sini hari ini, membenarkan permohonan reman terhadap...

Perbanyakkan Inisiatif Hospital Rakan...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru...

Lupa Beza Sunnah & Sunat Bukti Mahathir Terlalu Tua

KUALA LUMPUR – Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan antara sunat (sebagai salah satu daripada hukum syarak taklifi yang lima) dengan sunnah yang menjadi sumber syariat paling utama selepas al-Qur’an membuktikan Pengerusi Pakatan Harapan itu telah terlalu tua untuk kembali jadi Perdana Menteri.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau pernah dikritik kerana memberi fakta seperti itu tentang Mahathir sebelum ini, tetapi kenyataan terbaru Mahathir mengenai Islam kelmarin membuktiikan hujahnya dalam wacana anjuran Sinar Harian baru-baru ini adalah benar.

“Kenyataan saya bahawa Mahathir terlalu tua untuk kembali menjadi Perdana Menteri sangat berasas.

“Kalau tidak mana mungkin Datuk Dr Mohd Asri yang diketahui umum mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau boleh mendedahkan bagaimana Mahathir sudah lupa penjelasannya di London mengenai perbezaan antara sunat dan sunnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam menjelaskan bahawa dakwaan Mahathir kononnya tidak berdosa untuk umat Islam tidak mengamalkan sunnah nabi adalah silap.

Mohd. Asri malah berkata, beliau sendiri pernah menjelaskan perkara itu kepada Mahathir di London sebelum ini dan menganggap mungkin Mahathir telah terlupa mengenainya hingga menulis semula pandangannya yang silap tentang sunnah.


“Dulu dia dah tanya saya secara peribadi. Saya telah jelaskan maksud ini kepada dia di London. Tapi saya ingat dia terlupa barangkali, dia tulis balik. Bila dia tulis balik, saya rasa nak kena perbetul,” kata Mohd. Asri.

Kamarul bagaimanapun mempersoalkan mengapa Mohd. Asri kurang berani mengulas semua aspek yang tidak betul dalam penulisan terbaru Mahathir mengenai Islam tersebut dan hanya terhad kepada satu aspek sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Kategori