Lucu… Robot Pembersih ‘Kantoi’ Berasmara

SITUASI terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang melakukan hubungan intim sudah semestinya memberikan kita rasa tidak selesa.

Namun bagaimana pula sekiranya pasangan yang ‘kantoi’ berkenaan bukanlah manusia, sebaliknya robot ciptaan manusia?

Itu kejadian pelik yang dihadapi oleh seorang pengguna sosial di laman Reddit apabila mesin pembersih hampagas robotik miliknya dirakam sedang bermadu asmara dengan sebuah alatan penimbang berat di bilik air rumahnya.

Pengguna Reddit yang menggunakan akaun nama Briannexbellaxo berjaya merakam ‘aksi’ panas mereka yang kemudianya dimuat naik di laman sosial tersebut.

Ummm… wtf did I just walk in on? from r/funny

“Ummm…. apa yang telah saya terjumpa ini?” tulis Briannexbellaxo dalam kapsyen video yang dimuat naik pada Sabtu.

Video berdurasi 10 saat itu malah turut disuntingnya dengan berlatar belakangkan lagu romantis penyanyi terkenal era 60-an, Marvin Gaye.

Rata-rata pengguna Reddit yang terhibur dengan aksi pembersih elektronik jenama Roomba itu meninggalkan pelbagai komen lucu dan mendakwa peranti itu sebenarnya memang mempunyai nafsu terhadap jenisnya sendiri.

Difahamkan, aksi tidak sengaja itu juga sebelum ini pernah dirakam dengan sebuah mesin pembersih vakum yang mana ia sekaligus menunjukkan peranti itu akan tersekat sekiranya ia ‘tersangkut’ di permukaan yang tidak rata.

How little mops and vacuums are made.

Apa pun diharapkan mesin-mesin ini mengamalkan ‘kaedah’ selamat dan mungkin mereka selepas ini mempertimbangkan langkah untuk menutup pintu bilik air sekiranya tidak mahu aksi mereka dirakam. – MYNEWSHUB.CC

Loading...