Luahan Adik Farid Kamil Jadi Perhatian

PELAKON, Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil telah mencoretkan sesuatu di laman instagramnya.

Coretannya sepotong ayat memberi pengertian yang mendalam..

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya,” tulisnya.

Perkongsian suami kepada pelakon Yana Samsudin ini mendapat perhatian bukan sahaja daripada peminat tetapi juga rakan-rakan artis yang lain. Antaranya Nabila Huda yang meminta agar sampaikan salam buat Farid.

Begitu juga dengan teman-teman industri yang lain turut mendoakan kesejahteraan kepada Farid dan semoga Fadzil kuat menempuh dugaan dalam bulan Ramadan ini. – Sinar Harian

Loading...