Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Harga Naik, Kes Curi...

KUALA NERANG - Oleh kerana harga getah sekerap naik, timbul kegelisahan apabila dikatakan...

Tok Pa Umum Pasukan...

SUSULAN keputusan Kabinet pada 8 April 2016 meluluskan permohonan Proton Holdings Berhad menerima...

Pahang Hidupkan Peluang Ke...

KUANTAN - Pasukan Pahang kembali menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola...

Aeril Zafrel Dakwa Pihak...

SUSULAN kontroversi kes 'kereta curi' yang kembali panas antara pihak produksi MIG dan...

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan Jaminan Penghantar Surat

SEGAMAT – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan jaminan penghantar surat, S Teeran, 38, yang didakwa atas tuduhan memiliki item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bulan lepas.

Hakim Rasidah Roslee membuat keputusan itu di hadapan tertuduh setelah mendengar hujahan daripada peguambela A Mathan dan Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang.

Rasidah dalam penghakimannya berkata, beliau bersetuju dengan hujahan Suriani bahawa jaminan tidak boleh diberikan, terutama melibatkan kes-kes kepentingan awam dan keselamatan negara.

Beliau menambah tugas Mahkamah Sesyen hanya untuk menyebut dan menguruskan kes itu sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Justeru beliau berkata, permohonan untuk jaminan haruslah dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes sedemikian.

Permohonan jaminan itu dibuat oleh peguambela atas dakwaan anak guamnya mengalami sakit tulang belakang dan pernah menjalani pembedahan pada Julai lepas sehingga memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan untuk pulih.

Terdahulu Suriani berkata, permohonan jaminan harus ditolak memandangkan tertuduh didakwa di bawah kes yang melibatkan kepentingan awam dan keselamatan negara, selain laporan perubatan tertuduh dari Oriental Melaka Straits Medical Centre tidak boleh diterima memandangkan ia daripada hospital swasta.


Timbalan pendakwa raya itu juga berkata, Mahkamah Sesyen tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan permohonan jaminan memandangkan ia tidak berada di bawah bidang kuasa mahkamah itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Disember untuk pengurusan kes dan laporan pakar forensik.

Pada 29 Oktober, Teeran yang bekerja sebagai penghantar surat di sebuah firma guaman di bandar ini dituduh memiliki barangan berunsurkan perbuatan keganasan atau berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 6.30 petang di Jalan Genuang, Kampung Paya Pulai di sini, 10 Oktober lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130 JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana item berkenaan.

Kategori