Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Tunang Adira Nafi...

BEKAS tunang penyanyi Adira Suhaimi, Shahrul Nasrun Kamarudin menafikan kenyataan Elizabeth Tan yang...

Tabung Bantu Mangsa Gempa...

RANAU - Beberapa pihak mula tampil dan menubuhkan tabung bagi membantu mangsa yang...

Pencuci Kereta Hadapi Pertuduhan...

TEMERLOH - Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

SPM Berjalan Lancar Seluruh...

KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pastinya diingati dalam lembaran...

LTTE: Mahkamah Tinggi Akan Putus Ikat Jamin Tahanan SOSMA

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan ADUN Gadek, G Saminathan dan tiga yang lain untuk merujuk kepada Mahkamah Tinggi sama ada mereka boleh ditawarkan ikat jamin walaupun didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Rozina Ayob berkata dalam keputusannya bahawa terdapat merit kepada permohonan itu.

“Perkara ini mesti dirujuk ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan sama ada Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma untuk menolak ikat jamin kepada tahanan adalah mengikut perlembagaan,” katanya.

Semalam, peguam Ramkarpal Singh mengemukakan bahawa adalah menyalahi undang-undang bagi eksekutif, melalui badan perundangan, mengambil alih kuasa mahkamah untuk menghapuskan kuasa budi bicara hakim bagi menawarkan ikat jamin di bawah SOSMA.

Beliau berkata Seksyen 13(2) yang membatasi kuasa hakim untuk menawarkan ikat jamin hanya kepada kategori tahanan tertentu, adalah bertentangan dengan prinsip pemisahan kuasa.

Beliau juga berkata polis boleh menggunakan prosedur Sosma untuk menyiasat mereka yang dituduh melakukan kesalahan terhadap negara, dan mereka yang terlibat dalam keganasan dan jenayah terancang di bawah Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah hanya mempunyai budi bicara untuk menawarkan ikat jamin kepada mereka yang didakwa melakukan kesalahan terhadap negara, dan yang mengambil bahagian dalam aktiviti jenayah serius.

Malah, katanya, mahkamah terhad untuk menawarkan ikat jamin kepada wanita, mereka yang berusia bawah 18 tahun, dan yang sakit serta lemah.

“Hakim tidak boleh menawarkan jaminan kepada mereka yang dituduh melakukan jenayah berkaitan keganasan. SOSMA mengambil alih budi bicara penuh mahkamah untuk menawarkan ikat jamin di bawah keadaan khas,” katanya.

Beliau memberitahu FMT, pasukan perundangannya berhubung dengan pendaftaran untuk mempunyai perlembagaan Seksyen 13(2) yang didengar kemudian oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Saminathan; pemandu teksi, V Balamurugan, penghantar surat, S Teeran dan peniaga besi buruk, A Kalaimughilan didakwa di hadapan Rozina dengan sengaja memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE menerusi Facebook.


Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat pegawai penyiasat Bahagian E8(M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 7 dan 8 Oktober lalu pada masa berlainan, iaitu 9 pagi, 10 pagi dan 9.30 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Teeran turut didakwa atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan LTTE di kawasan letak kereta B2, Hotel Mandarin Pacific, Jalan Sultan, di sini pada 11.40 pagi 10 Oktober lalu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana bahan itu, jika sabit kesalahan.

Kalaimughilan turut menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE menggunakan YouTube pada 10 pagi 2 Jun 2014 di lokasi sama.

Dia turut didakwa memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam satu majlis di Dewan Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan, di sini pada 8 malam hingga 11.30 malam 17 Mac 2014.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.

Tuduhan terhadap Adun Seremban Jaya P Gunsekaran, V Suresh Kumar, B Subramaniam, S Chandru, S Arivainthan, S Thangaraj, M Pumugan dan Sundram Renggan @ Rengasamy dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad dan Azura Alwi.

Mereka berdepan antara satu hingga empat tuduhan menunjukkan sokongan kepada LTTE atau memiliki bahan yang dikaitkan dengan kumpulan itu. – FMT

Kategori