Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sehari Dalam Kehidupan YB....

YANG pengundi paling tidak suka tentunya YB yang hanya tunjuk muka menjelang pilihanraya....

Nora Danish Tak Campur...

KEMELUT antara pelakon Fasha Sandha dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai...

Najib Tersentuh Hati Mendengar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan...

Reman 2 Bekas Pegawai...

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar 'Datuk' disambung reman...

LTTE: Akaun Bank Milik DAP Sudah Dibekukan Ke?

KUALA LUMPUR – Pendedahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang transaksi kewangan dalam jumlah besar bagi menggerakkan program berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sangat mengejutkan.

Ia kerana, wang itu digunakan untuk membiayai, mempromosi, merekrut dan menggerakkan aktiviti berkaitan LTTE.

Persoalannya, apakah agensi kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mula membekukan akaun-akaun bank milik DAP kerana dikhuatiri turut menyumbang dan membiayai aktiviti militan pengganas itu.

Seorang pemerhati politik, Dr. Novandri Hassan Basri berkata, persoalan itu timbul kerana antara individu yang ditangkap ialah ahli-ahli politik DAP dan akaun bank mereka perlu disiasat untuk mengesan transaksi wang dan kaitannya dengan LTTE.

“Jika benar, apakah pihak dalam negeri dan luar negeri yang selama ini menyumbang wang kepada DAP akan turut dibekukan?” tanya beliau.

Malah, beliau turut bertanya apakah kementerian yang diterajui Lim Guan Eng DAP akan membantu sepenuh hati jika perlu.


Untuk rekod, LTTE kumpulan militan pengganas yang menentang kerajaan Sri Lanka dan ia dikutuk kerana menggunakan pengebom bunuh diri, tentera kanak-kanak dan melakukan pembunuhan politik.

Novandri turut mempersoalkan apakah status kes ini seterusnya jika ia diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Persoalan itu timbul kerana kes serangan ke atas anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih lagi tergantung begitu sahaja. – MalaysiaGazette

Kategori