Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Hasrat Bantu Keluarga,...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... begitulah nasib seorang pelajar Tingkatan...

Maszlee Jangan Jadikan BN...

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata adalah sangat...

Renjer Maut Bom Meletup...

Bangkok - Seorang renjer terbunuh dan enam yang lain cedera parah dalam letupan...

VIDEO : Bacaan Taranum...

Tidak dapat difahami mengapa sekarang begitu banyak orang suka mempersendakan unsur-unsur keagamaan menjadi...

LTTE: 8 Lelaki Termasuk ADUN Gadek Dibebaskan

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan lapan lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek G. Saminathan, daripada pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Perintah pembebasan itu dikeluarkan empat Mahkamah Tinggi berasingan yang mendengar kes mereka, selepas dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya bahawa Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Selain Saminathan, 35, tujuh yang lain ialah juruteknik S. Arivainthan, 28; pengawal keselamatan, M. Pumugan, 30; ahli DAP, V. Suresh Kumar, 44; ketua pegawai eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, S. Chandru, 39; seorang guru, Sundram Renggan @ Rengasamy, 53; pengutip besi buruk, A. Kalaimughilan, 29 dan penghantar surat, S. Teeran, 39.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, menggunakan aplikasi media sosial Facebook dan hadir pada majlis berkaitan kumpulan itu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Sebahagian daripada mereka juga menghadapi pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan itu di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Semalam, Mahkamah Tinggi sama melepas dan membebaskan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren dan pemandu teksi V. Balamurugan atas pertuduhan serupa.


Ini menjadikan 10 lelaki telah dibebaskan setakat ini manakala dua lagi iaitu penjaga stor, S.Thanagaraj dan ahli perniagaan, B.Subramaniam akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat untuk dibebaskan.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh, sementara menunggu perbicaraan. Di bawah SOSMA mereka tidak dibenar diikat jamin.

Kes mereka belum dibicarakan dan masih di peringkat pengurusan kes. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi telah menetapkan perbicaraan kes itu.

Pada 21 Februari lepas, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataan medianya memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh, atas alasan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Kategori