Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, 2 Parah...

BELURAN - Seorang maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan yang mereka...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut...

BUTTERWORTH - Sepasang suami isteri kehilangan anak lelaki mereka yang berusia 3 tahun...

Kerajaan DAP Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Definasi zalim ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN)...

Bekas Pemain Bola Dicekup...

ALOR SETAR - Seorang bekas pemain bola sepak dicekup bersama seorang wanita dalam...

LRA Sungai Semenyih Kembali Beroperasi

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi susulan insiden pencemaran bau di sumber air mentah sejak petang semalam, telah kembali beroperasi sepenuhnya pada 6 pagi ini.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), proses penyaluran air ke sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berlangsung bagi proses pemulihan berperingkat.

“Bantuan lori-lori tangki air terus digerakkan dan 12 Pusat Khidmat Setempat (PKS) diaktifkan bagi menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas hingga bekalan pulih sepenuhnya,” menurut Syabas dalam satu kenyataan pagi ini.

Sejumlah 512 kawasan melibatkan 377,141 pelanggan berdaftar di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah secara berperingkat susulan insiden itu.

LRA Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sejak 5 petang semalam susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan punca pencemaran yang berada pada jarak 16km dari muka sauk loji telah dikenal pasti.

Orang ramai boleh merujuk makluman rasmi dan status terkini melalui laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor.

Kategori