Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat CWC Sementara MIC...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC 2009 yang diadakan semalam...

10 Sekolah Ditutup, Tapak...

NIBONG TEBAL : Sebanyak 10 sekolah yang berdekatan dengan Tapak Pelupusan Sampah Pulau...

Selepas Dipecat, Pekerja Penghantaran...

PEKERJA penghantaran makanan syarikat Zomato di sebuah bandar di India yang dipecat kerana...

DAP Pertahan Tindakan Guan...

KUALA LUMPUR - "Tiada ahli politik yang sempurna," kata Setiausaha Publisiti DAP, Teo...

“Lost The Battle But Not The War” – PAN

KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (PAN) belum tewas walaupun Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi Naib Presidennya, Datuk Husam Musa untuk halang PAS daripada memasuki Wisma Tok Guru.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang PAN, Wan Anwar Wan Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu tersebut ibarat PAN “has lost the battle but not the war” (kalah dalam pertempuran, bukan peperangan)

Justeru, beliau menyeru seluruh penyokong PAN berdoa kepada Allah SWT supaya mempermudahkan urusan Husam dan pasukan peguamnnya dalam berhadapan dengan PAS di mahkamah.

“Biro Undang-Undang PAN menegaskan bahawa walaupun permohonan injunksi ditolak, kes induk berkaitan isu ini masih dalam proses mahkamah dan penolakan permohonan injunksi ini ibarat “has lost the battle but not the war“.

“Hal ini kerana perbicaraan kes saman induk tuntutan Dato’ Husam terhadap tanah dan bangunan Wisma Tok Guru tersebut hanya bermula pada 4 Disember 2017.

“Sementara perbicaraan tuntutan harta pesaka waris-waris Datuk Rosli Ibrahim terhadap hartanah tersebut pula akan dijalankan pada 7 Januari 2018,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Wan Anwar turut memberi amaran kepada seluruh ahli dan penyokong PAS supaya tidak sesekali cuba mencerobohi bangunan Wisma Tok Guru yang masih sah dalam milik Naib Presiden PAN.

PAS pada 16 November lalu bertindak menaikkan bendera besar parti itu di Wisma Tok Guru yang jadi pertikaian antara dua parti tersebut selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Husam.

Tindakan Husam meneruskan urusan politiknya di bangunan tersebut selepas meninggalkan PAS bagi menyertai PAN mendapat bantahan PAS. – MYNEWSHUB.CC

Kategori