Lori Minyak Meletup, 1 Terkorban, 4 Kereta Musnah

BINTULU – Sebuah lori tangki yang sarat membawa bahan api telah meletup dan terbakar lalu menyebabkan empat buah kenderaan lain musnah serta seorang mangsa terkorban dalam satu kejadian pagi tadi, lapor Berita Harian.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan penyelamat, Hata Gobel berkata, kejadian letupan tersebut berlaku berhadapan dengan sebuah pusat perubatan di Jalan Kidurong kira kira pada jam 11.45 pagi.

“Usaha memadam kebakaran masih giat dilakukan manakala punca kejadian belum diketahui,” ujarnya.

Berikut merupakan rakaman video dan gambar kejadian letupan tersebut.

Menurut saksi, kejadian tersebut telah mengakibatkan sorang mangsa terkorban tetapi identitinya masih belum dikenal pasti. – MYNEWSHUB.CC

Loading...