Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

UMNO PAS Bentuk Kerjasama...

KOTA BHARU – UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfitri...

Gunung Semeru Meletus Lagi

JAKARTA – Gunung Semeru di Indonesia menghamburkan lebih banyak abu semalam sekali gus...

Mangsa Banjir Di Kerian...

IPOH — Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal 29 orang daripada sembilan...

Sekolah Pemimpin Masa Hadapan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan program “Sekolah Pemimpin Masa Hadapan” (Malaysia Future...

Lombong Air Biru Jadi Viral, Pemilik Tutup Kawasan

BETAPA hebatnya kuasa viral apabila sesebuah tempat yang dahulunya tidak diketahui oleh orang awam, kini menjadi popular sehingga terpaksa ditutup!

Selepas Tasik Chermin yang terletak di Simpang Pulai menjadi tarikan pengunjung, kini lombong air biru pula menjadi tumpuan umum terutamanya anak muda.

Beberapa minggu yang lalu, lombong air biru ini menjadi bualan mulut di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook apabila ada sekumpulan gadis berkunjung ke sana bagi mengambil gambar dengan latar belakang yang cantik.

Namun kini, keindahan lombong air biru di Simpang Pulai itu terpaksa ditutup kerana ianya merupakan kawasan larangan untuk orang ramai.

Lokasi bekas lombong kuari itu terletak di dalam kawasan milik sebuah syarikat dan ianya telah menerima kunjungan orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri keindahan kawasan itu.

Pengurus lombong, Chooi Yim Onn, 65, memberitahu bahawa pihaknya berasa bimbang akan keselamatan pengunjung dan tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak dinggini.

“Saya diberitahu kawasan lombong telah diceroboh masuk oleh orang ramai dan kini mula tular di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dari Oktober hingga kini.

“Berdasarkan gambar dan video yang ditunjuk, saya pasti ia adalah lombong milik syarikat ini. Saya sebagai pengurus lombong rasa bertanggungjawab sebarang aktiviti dalam kawasan ini,” katanya dipetik daipada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak syarikat juga telah memasang pagar bagi menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan lombong, namun tidak diendahkan langsung.


“Orang ramai masih berdegil memasuki kawasan itu sedangkan kita mempunyai pengawal keselamatan untuk menegah perbuatan itu. Walaupun pintu pagar telah dikunci, mereka tetap juga memasuki kawasan ini.

“Justeru itu, saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Simpang Pulai semalam supaya apa-apa yang berlaku ketika menceroboh kawasan ini, ia bukan di bawah tanggungjawab saya dan pihak syarikat,” tambahnya lagi.

Yim Onn juga mengakui bahawa walaupun sudah dipantau, namun masih ada sahaja orang awam yang berdegil memasuki kawasan itu dan ada antara mereka yang bermain bot getah(pelampung) di dalam lombong itu.

Dia turut mengakui bahawa air lombong itu memang sudah berwarna biru dan tidak pernah bertukar warna. Namun, ianya amat berbahaya kerana paras airnya sangat dalam.

Pihaknya juga telah memasang papan tanda sebagai amaran kepada orang ramai agar tidak lagi menceroboh kawasan itu.

Sebenarnya, lombong itu sudah lama diketahui penduduk Ipoh. Namun peliknya, apabila sudah viral, tiba-tiba berduyun-duyun pula orang datang ke situ untuk bergambar.

Jangan sebab nak dapatkan gambar yang cantik, anda sampai sanggup nak membahayakan diri sendiri. –MYNEWHUB.CC / AH

Kategori