Lokman Dakwa Individu Dalam Video Lucah Ialah Azmin

KUALA LUMPUR – Laporan forensik dari Indonesia mengesahkan individu di dalam video intim yang tersebar ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, pakar-pakar yang menganalisis video itu merumuskan bahawa ia adalah sahih dan tiada elemen manipulasi atau disunting.

“Mereka menggunakan kaedah Error Level Analysis (ELA) menerusi frame, imej dan tampered detection. Kaedah itu jelas menonjolkan muka individu di dalam video dilihat jelas apabila dipadankan dengan gambar Mohamed Azmin dan Haziq.

“Ia bercanggah dengan laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang tidak dapat memadankan wajah dua individu tersebut,” dakwanya menerusi siaran langsung yang dibuat di laman Facebook miliknya hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Menurut Lokman, pakar forensik tersebut turut mendapati tiada unsur muka diubah suai kerana dapat dikesan ketika mata Mohamed Azmin dan Haziq berkelip secara normal dan semula jadi yang tidak boleh dicipta dengan teknik ‘deepfake’ malah posisi mereka yang sentiasa bergerak.

Tambahnya, beliau akan menyerahkan laporan setebal 18 muka surat itu kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam tempoh terdekat. – K! ONLINE

Loading...