Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Kedah Tiada Peluang Separuh...

JOHOR BAHRU - "Kedah tidak mempunyai sebarang peluang ketika separuh masa pertama, namun...

Pejuang ISIS Mati Akibat...

Iraq – Seramai 45 anggota kumpulan militan negara Islam (ISIS) meninggal dunia bukan...

Tasha Shilla Nafi Dirinya...

MESKIPUN tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi, pelakon sensasi, Tasha Shilla memberitahu...

Kamalanatahan Rasmi SJKT Ke-524...

KULIM - Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Paya Besar di sini, Sekolah Jenis Kebangsaan...

Lokman Adam Bebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang ditahan semalam bersama seorang lelaki sudah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-duanya telah dibebaskan kira-kira pukul 7 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

“Datuk Lokman telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah siasatan selesai dijalankan.

“Polis juga telah membebaskan seorang lagi lelaki yang turut ditahan bersamanya semalam,“ katanya hari ini.

Semalam, media memetik kenyataan Fadzil bahawa Lokman ditahan selepas enggan memberikan kerjasama dengan pegawai penyiasat polis yang hadir ke rumahnya di Taman Teknologi, Kajang, Selangor.

“Sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Forensik polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kira-kira pukul 6.45 petang di rumahnya di Taman Teknologi, Kajang, Selangor,” katanya.

“Semasa siasatan itu dijalankan, polis mengarahkan beliau untuk menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa, namun beliau enggan memberikan kerjasama dan menjerit memaki hamun pegawai polis yang sedang menjalankan tugasnya,” katanya.


Turut bersama beliau ketika itu adalah seorang lelaki yang juga menghalang tugas polis dan mengherdik polis serta melakukan beberapa provokasi lain.

Kedua-dua mereka kemudian ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Seorang lagi individu yang ditahan adalah N. Gobalakrishnan, 59, dari Kulim, Kedah. – K! ONLINE

Kategori