Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Binaan Purba Permatang Pasir...

KULIM - Sebuah candi purba yang dipercayai dibina pada abad ke-6 yang ditemui...

Azalina: Kabinet Tak Ada...

Kabinet tidak mempunyai kuasa menghalang rang undang-undang yang bertujuan menyekat ahli parlimen daripada...

10 Perkara Yang Tidak...

YANG menarik di mata wanita, tak semestinya cantik di mata lelaki dan begitu...

Kaka Azraff Mahu Fokus...

WALAUPUN ramai artis yang ceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan, penyanyi Kaka Azraff...

Loke, Saifuddin, Dzulkefly Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) mengemukakan tiga nama mewakili gabungan itu dalam Jawatankuasa Khas Bebas berkenaan darurat kepada kerajaan, hari ini.

Tiga wakil itu adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Penyertaan wakil pembangkang ke dalam Jawatankuasa Khas Bebas ini tidak mengubah pendirian kami bahawa alasan-alasan yang dikemukakan Perdana Menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima.

Jangan Risau… Klik Sini

“Kami serta majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan Parlimen perlu bersidang segera,” kata pakatan itu menerusi kenyataan bersama dikeluarkan Saifuddin, Anthony serta Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Hatta Ramli.

Pemakluman nama tiga wakil itu dikeluarkan Saifuddin, selaku Ketua Setiausaha PH, diserahkan menerusi surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.


Takiyuddin sebelum ini memaklumkan, bekas Ketua Hakim Negara, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta bekas Ketua Polis Negara (KPN) adalah di antara individu bakal dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong, berkenaan perintah darurat yang sedang dilaksanakan ketika ini. 

Selain mereka, tokoh dalam bidang keselamatan, pertahanan, badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis sosial sudah dinamakan oleh kerajaan untuk diperkenan oleh baginda.

Takiyuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong akan melantik ahli Jawatankuasa Khas Bebas ini, sekaligus menunjukkan kerajaan amat berhasrat supaya pelaksanaan darurat ini dilihat secara telus. – BH Online

Kategori