Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Alasan Syarie...

KUALA LUMPUR - PAS tidak lagi mempunyai alasan syarie untuk terus menjalin kerjasama...

Dapatkan Nasihat Undang-Undang Bersihkan...

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul...

Peniaga Patuhi Peraturan, Harga...

KOTA TINGGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor berharap...

18 Cedera, 2 Bas...

GEORGE TOWN - Lapan belas cedera dengan seorang daripada mangsa patah kaki kanan...

Lizzy Bingung Fathia Upload Gambarnya Dengan Zul

ALANGKAH terkejutnya pelakon dan penyanyi tinggi lampai, Elizabeth Tan apabila mengetahui gambarnya bersama pelakon Zul Ariffin telah dimuat naik semula oleh aktor kontroversi, Nur Fathia Latif.

Tidak diketahui apakah motif sebenar, tetapi bagi Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei, dia berasa sangat terkejut dengan perkara itu.

“Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada… Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama,” katanya dipetik daripaada portal BH Online.

Walaupun Fathia bagaikan mendoakan yang terbaik buat mereka, ia turut mengejutkan Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy apabila dia membaca caption yang ditulis walaupun gambar berkenaan telah dibuang oleh pelakon Isteri Luar Biasa.

Malah, Lizzy turut mengakui bahawa dia tidak pernah bersua dengan Fathia, apatah lagi menjadi rakannya sepanjang bergelar anak seni.

Gambar yang dimuatnaik oleh Fathia itu merupakan screenshot daripada posting asal Lizzy ketika dia sedang menjalani penggambaran bersama dengan Zul bagi filem Misteri Dilaila dibawah arahan Syafiq Yusof.

https://www.instagram.com/p/BhyN2VLga67/?taken-by=elizabethtsm

Sebagai rakan artis, Lizzy tetap memandang perkara iu dari sudut positif dan turut mendoakan supaya segalanya baik-baik sahaja untuk Fathia yang namanya mula dilanda kontroversi akibat video tariannya di Bigo Live.

“Biarpun tidak mengenali Fathia secara rapat, saya mendoakan yang terbaik buat dirinya,” tambahnya lagi.


Dalam masa yang sama, Lizzy yang merupakan penyanyi dibawah naungan Warner Music bakal membawa buah tangan baharu buat peminatnya kerana bakal tampil dengan dua single baharu selepas Aidilfitri nanti.

“Single terbaharu yang dijangka dilancarkan pada 9 Julai depan ibarat ‘comeback‘ setelah lama menyepi daripada bidang nyanyian.

“Tidak sabar hendak menantikan reaksi pendengar kerana genre seperti lagu Korea yang tidak pernah saya hasilkan,” ujarnya.

Baca: Reaksi Wanita Terhadap Foto Kontroversi ‘Anu’ Zul Ariffin

Juga: Kecoh! Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Sebelum ini, nama Zul sekali lagi hangat diperkatakan selepas kisah cintanya bersama dengan pelakon Zahirah Macwilson akhirnya berakhir akibat terlampau banyak dugaan yang melanda.

Sekali lagi ujian ‘menghempap’ pelakon berbadan sasa itu apabila Instagram miliknya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta memuat naik gambar yang tidak senonoh. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori