Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

LONDON – Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City di Anfield, awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengembalikan jurang lapan mata menerusi jaringan Fabinho, Mohamed Salah dan Sadio Mane itu menyaksikan Liverpool yang kekal tanpa kalah mengumpul 34 mata daripada 12 perlawanan, kelebihan lapan mata di depan Leicester City dan Chelsea.

City yang dikendali Pep Guardiola terpaksa menghuni tangga keempat liga dan ketinggalan sembilan mata.

Anfield mula berpesta apabila tuan rumah mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan jauh menarik pemain Brazil, Fabinho sebelum kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-13 menerusi tandukan penyerang sensasi, Salah yang berpunca daripada hantaran Andy Robertson.

Gawang City yang dikawal Claudio Bravo sekali lagi bocor pada minit ke-51 menerusi Mane juga menerusi hantaran Robertson.

Gol sagu hati City dijaringkan Bernardo Silva pada minit ke-78 selepas menerima hantaran rendah Angelino dan sekali pun melakukan tekanan, ia sudah terlalu lambat bagi menghalang kemenangan Liverpool.

City tidak pernah menang di Anfield dalam saingan liga sejak Mei 2003 dengan satu-satunya kemenangan di gelanggang keramat lawan itu adalah pada 38 tahun lalu. – AgensiĀ 

Loading...