Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Perlu Maklum Tubuh...

KUANTAN - Tiada keperluan untuk memaklumkan secara khusus tentang keanggotaan dan tujuan penubuhan...

KDN Akan Bincang Dengan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan...

Sultan Abdullah Titah Laung...

PEKAN - Sultan Pahang yang baharu Sultan Abdullah Ahmad Shah menitahkan supaya kalimah...

Ibu Bapa Budak Lemas...

KUANTAN - Ibu bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di bekas lombong...

Liputan Bias Kes Liwat Anwar Punca Utusan Jatuh, Khairy Bidas Kadir

PETALING JAYA – Khairy Jamaluddin membidas dakwaan wartawan veteran A Kadir Jasin bahawa kejatuhan Utusan Malaysia berpunca daripada tindakan “budak-budak tingkat 4” semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Dalam kiriman di Instagram Story, Ahli Parlimen Rembau yang sebelum ini pernah mengetuai pasukan penasihat Abdullah menegaskan, kemerosotan media arus perdana pula bermula selepas liputan berat dibuat dalam kes liwat pertama, melibatkan Anwar Ibrahim, ketika itu timbalan perdana menteri, pada 1999.

“Kemerosotan media arus perdana bermula dengan liputan berat sebelah kes liwat pertama. Seseorang bernama A Kadir Jasin adalah editor NST ketika itu,” kata beliau.

Kadir kini merupakan penasihat media dan komunikasi Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad. Beliau juga merupakan editor News Straits Times Group dari 1988 hingga 2000.

Kadir dalam blognya semalam berkata, Abdullah dan penasihat Najib Razak mencampuri secara berlebihan dalam media arus perdana. Sehingga membawa kepada persepsi buruk terhadap media arus perdana.

Menurut Kadir, antara kesilapan terbesar kumpulan “budak-budak tingkat empat” adalah menggunakan media massa untuk mematikan legasi Mahathir dan menonjolkan Abdullah.


“Campur tangan berlebihan dan tidak profesional menyebabkan pembaca menghidu bahawa akhbar, televisyen dan radio milik syarikat-syarikat berkaitan UMNO tidak lagi berkecuali dan kurang kredibiliti.

“Itulah permulaan kepada kemerosotan mutu kewartawanan dan kemerosotan penjualan akhbar Kumpulan Utusan dan NSTP,” kata Kadir.

Utusan Melayu menutup operasinya mulai semalam. – FMT

Kategori