Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Filem The Red Warrios...

KUALA LUMPUR - Filem `TRW-The Movie' yang berlatar belakangkan pasukan bola sepak Kelantan...

Tertuduh Kes Bunuh Syed...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan seorang pegawai Teknologi...

Taman Rimba Kiara Tak...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata...

‘Iron Man’ Indonesia Gegarkan...

INI bukan adengan dalam filem, tetapi tangan bionik ini memang wujud dan ia...

Messi Tidak Layak Jadi Kapten – Maradona

BIARPUN lagenda bola sepak Diego Maradona beranggapan Lionel Messi kurang berkelayakan untuk mengemudi Barcelona, lain pula ceritanya dengan pengarah pasukan itu.

Dia bukan sahaja tidak bersetuju dengan kenyataan Maradona malah yakin dengan kemampuan Messi.

Menurut Eric Abidal, sikap pemarah Messi tidak sedikitpun memberi kesan kepada keseluruhan prestasi pasukan mereka.

Ia berikutan kritikan terbuka Maradona yang beranggapan sikap itu menyebabkan Messi kurang berkelayakan untuk memegang tampuk sebagai kapten pasukan.

“Dia adalah contoh sebagai kapten. Bukan sahaja dari segi bakat kemampuan untuk bermain bola tetapi sebagai individu juga.


“Dia tidak banyak cakap tetapi dia menunjukkan segalanya di atas padang. Dia pemain penting untuk kami.

“Malah peranan Messi juga penting untuk pemain muda kami. Terima kasih pada dia, kerana dia prestasi pemain lain juga meningkat,” ujar Abidal.-Goal.Com./mStar Online

Kategori