Lindsay Lohan Bercinta Dengan Pemilik Restoran?

DRAMA percintaan Lindsay Lohan terus berlanjutan. Selepas putus dengan ahli perniagaan Rusia, Egor Tarabasov, kini Lindsay disebut-sebut bercinta dengan seorang lelaki pemilik restoran terkenal, Dennis Papageorgiou.

Khabar angin itu semakin kuat susulan kedua-duanya beberapa kali keluar berdua-duan. Lindsay sendiri sebenarnya beberapa kali terlepas cakap memberi pengesahan kepada khabar angin tersebut.

Melalui status di sebuah gambar di akaun Instagramnya, Lindsay ditegaskan mengakui dirinya masih tidak mempunyai kekasih. Ironi akhbar The Sun melaporkan, salah satu sumber mendedahkan hubungan Lindsay dan Dennis semakin serius.

Lindsay bagaimnapaun dilaporkan sangat bersyukur, kerana Dennis seolah-olah menjadi penyelamat kenangan asmaranya bersama Egor.

“Egor sudah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Dennis seorang yang baik mahu menolong Lindsay. Dia menganggap sebagai penyelamat daripada Egor,” katanya.

Pertama kali, Lindsay bertemu dengan Dennis ketika menjalinkan hubungan dengan Egor. Ia berlaku semasa pesta hari kelahirannya ke-30 tahun di salah sebuah tempat milik Dennis.

“Memang agak ganjil pertemuan mereka, tetapi Lindsay menjadikan hubungan mereka serius. Dia juga berharap ini boleh menjadi hubungan yang sihat,” tambahan sumber media tempatan.

Bukan hanya itu, khabar angin menyatakan Dennis rela meninggalkan bekas kekasihnya, Noelle Koutra untuk bersama Lindsay. Kemungkinan laporan sumber tersebut benar? Kita tunggu saja pengesahan daripada Lindsay. – MYNEWSHUB.CC

Loading...