Limpahan Air Bukan Dari Empangan Kenyir – TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial dengan hantaran (posting) pelepasan air, kononnya dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Rakaman video tersebut bukanlah di Empangan Kenyir tetapi dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05% daripada Empangan Kenyir.

TNB berkata, air yang dilepaskan adalah pelepasan semulajadi (natural spillage) yang disalurkan ke Tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

Tambah syarikat utiliti itu, TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh dengan menurunkan paras air empangan serta melaksanakan kerja-kerja senggaraan.

Loading...