Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Spekulasi Pindah Aset ECRL...

Spekulasi mengenai pemindahan milik aset dan tanah di sepanjang jajaran Landasan Rel Pantai...

Salleh Man Akur Akan...

BUTTERWORTH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang, Datuk...

Cat Kamera Sebab Marah...

BEIJING - Seorang pemandu di Qingdao ditahan selepas mengecat kamera keselamatan lalu lintas...

MARA: Annuar Musa Digantung...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah...

LIMA’19 Paling Hebat Tahun Ini, Kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR – “Paling hebat, tahun ini”, itulah reaksi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika diminta mengulas mengenai perkembangan penyertaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), bermula 26 hingga 30 Mac ini.

Beliau berkata, penyertaan penempahan ruang pameran LIMA’19 lebih daripada jangkaan iaitu 109 peratus penyertaan syarikat tempatan dan antarabangsa.

“Penyertaan LIMA’19 paling ramai dan penempahan ruang pameran melebihi jangkauan kami.

“Saya rasa pameran LIMA’19 tahun ini adalah yang terbaik dan penyertaan LIMA’19 yang ramai ini mungkin penghargaan kepada kawasan Parlimen (Langkawi) Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementerian Pertahanan, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini.

Sementara itu, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, kualiti dan ruang penempahan pameran LIMA’19 masih mendapat tempahan walaupun tempoh penempahan sudah ditutup.

“Sebelum ini, LIMA lebih kepada keselamatan dan pertahanan negara manakala LIMA pada tahun ini lebih kepada perniagaan awam,” katanya.


LIMA’19 dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencetus kepada penganjuran pertama pameran berprestij ini pada 1991, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri keempat ketika itu.

Pameran LIMA’19 kali ini disertai 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa yang melibatkan 20 negara, diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Pameran persidangan antarabangsa, seminar, pameran statik dan pertunjukan udara akan diadakan di MIEC manakala pameran kapal perang, pameran statik maritim dan demonstrasi maritim di RWL. – BERNAMA

Kategori