Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tandas Hotel Meletup Selepas...

BENTONG - Seorang lelaki melecur di bahagian muka selepas menyalakan api rokok di...

2 Mangsa Keldai Dadah...

KUALA LUMPUR – Usaha Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) membawa pulang dua lagi rakyat...

Kuota Minyak Masak Subsidi...

KUANTAN - Kuota minyak masak bersubsidi di Pahang ditambah 200 tan lagi kepada...

Nampak Leher Dan Dada,...

MENJADI artis popular bukanlah kunci kebahagiaan kepada semua orang. Ada sahaja tindak tanduk...

Lima ‘Bidadari’ Cantik Buat Rusuk Lelaki Bergetar!

ANGGUN… Beberapa keping gambar memaparkan lima beradik yang berwajah sangat cantik telah berjaya mencuri perhatian ramai netizen dari seluruh dunia menerusi laman sosial.

Jika dilihat sekali imbas menerusi gambar yang tular itu, pasti ramai akan menyangka mereka adalah berketurunan Arab dek mata yang galak dan cantik persis seorang ratu.

Namun, sangkaan itu salah sama sekali kerana lima beradik itu sebenarnya berasal dari negara Gajah Putih iaitu jiran kita, Thailand!

Difahamkan, lima beradik ini mula dikenali apabila mereka dilihat sering memuat naik gambar bersama dengan rupa yang menawan serta gaya hijab tersendiri.

Dek kerana memiliki kecantikan yang tidak terhingga, adik-beradik ini digelar sebagai bidadari oleh netizen khususnya golongan lelaki yang terpesona melihat kejelitaan milik mereka.

Selain itu, mereka dikatakan memiliki pelbagai persamaan dari segi hobi, pemakaian dan tidak ketinggalan nama akaun Instagram diakhiri dengan nama serupa iaitu Mirror (Saira Mirror, Reena Mirror, Nasreen Mirror, Cattaleeya Mirror dan Ruksana Mirror).


Meskipun dikenali dan menjadi perhatian ramai, namun adik-beradik ini tidak menggunakan populariti berkenaan untuk perkara yang sia-sia.

Sebaliknya mereka menggunakan peluang itu untuk menjual pakaian dan juga hijab atas jenama Saira Hijab.

Selain Malaysia, lima ‘bidadari’ ini turut dikatakan menjadi topik utama perbualan di negara jiran kita iaitu Indonesia!

Fuhhh… Benarlah kata orangkan, bidadari itu bukan hanya cerita dongeng semata tetapi rupanya ia wujud di alam nyata!

Haaa… Tak bergetar ke tulang rusuk korang tu tengok gambar-gambar cantik lima beradik ni? – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori