Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sudah Ada Bombardier,...

KUALA LUMPUR - Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah memiliki pesawat...

Kereta ‘Terbang’, Rempuh Dua...

PERHATIKAN video berdurasi kurang dua minit ini betul-betul, macam mana kereta dari seberang...

‘Kawalan Minda’ Jadikan Fikiran...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan proses radikalisasi penyokong kumpulan pengganas...

7 Krew Malindo Air...

KUALA LUMPUR - Malindo Air mengesahkan bahawa tujuh anak kapalnya dikuarantin selama 14...

Lim Kit Siang Kalah Banyak Kali, Jadi Penasihat Juga

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membalas kritikan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tentang pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan merujuk jawatan Penasihat DAP sebagai contoh.

Kata Annuar, Lim Kit Siang sudah beberapa kali gagal membawa kemenangan kepada DAP dalam pilihan raya umum (PRU) namun tetap dilantik sebagai penasihat parti itu.

“Kita kena ingat, Lim Kit Siang jadi penasihat, berapa kali dia kalah? Berapa kali DAP kalah dalam 13 kali pilihan raya, Lim Kit Siang yang memimpin DAP berapa kali dia kalah?

“Tiada isu. Kalau sekali kalah takkan terus hilang kelayakan jadi penasihat. Jangan dinafikan beliau punya pengalaman, punya kebolehan. Kalau tidak masakan rakyat sekarang ini memberikan sambutan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Nazri yang menganggap pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai langkah ke belakang.

Mohamed Nazri malah mempersoalkan nasihat yang boleh diberi oleh Najib memandangkan BN tewas dalam PRU-14 ketika dalam pimpinan bekas Perdana Menteri itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori