Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Rap XXXTentacion Maut...

MIAMI - Penyanyi rap terkenal yang juga juara carta, XXXTentacion maut ditembak pada...

Jet Pejuang AS Mula...

ANKARA - Jet pejuang AS pada Rabu mula melancarkan serangan udara terhadap sasaran...

Sebanyak 117 ‘Ah Long’...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 117 ‘Ah Long’ diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana...

Video: Rakaman Perbualan Remaja...

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan penyebaran audio perbualan seorang budak perempuan yang...

Lim Guan Eng Mula Laksana Dasar Tolak Melayu

TINDAKAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan ialah permulaan kepada satu dasar baharu.

Dasar ini ialah penolakan dan peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia ini.

Inilah salah satu intipati penting dasar Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP sejak sekian lama, yakni Malaysian menurut definisi mereka membentuk sebuah Malaysia yang baharu.

Sebab inilah Guan Eng menjawab secara berhelah yang beliau seorang “Malaysian” dan bukan Cina bila ditanya wartawan.

Malaysian yang beliau dan DAP maksudkan ialah Malaysian seperti mereka, yang duduk bermastautin di Malaysia sebagai warga negara tetapi menolak asas dan identiti Melayu negara ini.

Malaysia yang dibentuk oleh dasar dibawa oleh Malaysian seperti DAP dan sekutu-sekutu mereka jauh lebih liberal dan tidak memandang kedudukan istimewa Melayu.

Rakyat Malaysia masih ingat lagi pada 2008 mereka memprotes tindakan DBKL meletakkan tulisan jawi pada papan tanda di ibu negara.

Mereka malah menulis surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hakim Borhan mempertikaikan tindakan DBKL itu.

Antara alasan yang mereka gunakan ialah ramai rakyat tidak faham tulisan jawi, maka tindakan DBKL menggunakan tulisan jawi didakwa salah.

Maka tindakan Guan Eng menggunakan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan pastilah salah kerana majoriti rakyat negara ini tidak faham bahasa Cina.

Ini ialah alasan yang mereka sendiri berikan dulu semasa memprotes penggunaan tulisan jawi pada papan tanda.


Alasan yang paling kukuh ialah Perlembagaan Persekutuan sendiri, yang menetapkan urusan rasmi negara mestilah dalam bahasa kebangsaan.

Jika Perlembagaan Persekutuan sendiri ditentang, boleh bayangkan apa sebenarnya agenda mereka.

Apa yang dilakukan ini hanya selepas kurang dua bulan berkuasa di Putrajaya, maka bayangkan apa yang akan dilakukan kalau memerintah lebih lama?

DAP telah memulakan dasar menolak kedudukan Melayu seperti dicatat dalam perlembagaan melalui kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa Cina.

Ini hanyalah satu permulaan kepada agenda lebih besar yang mereka ingin capai setelah berkuasa.

DAP dengan kerusi Parlimen yang banyak dan sokongan parti-parti rakan seperti Parti Amanah Negara (PAN), banyak agenda mereka nampaknya bakal dicapai.

Maka orang Melayu yang sedar mestilah bangkit melawan agenda mereka ini, agar Malaysia nanti tidak terus berubah kepada satu wajah dan identiti yang tidak kita kenali lagi. – Mynewshub.cc

Kategori