Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

TNB Kenal Pasti Modal...

KUALA LUMPUR - TNB akan menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2017 di...

Kemalangan MPV-Treler Ragut Nyawa...

JOHOR BAHRU - Empat sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda...

PHNS Adakan Ujian Pemilihan...

SEREMBAN - Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) akan mengadakan sesi ujian terbuka pemilihan...

Wanita Tanggal Baju Di...

KUALA LUMPUR - Bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan...

LHDN Nafi 4 Juta Data Bocor Diperoleh Daripada Portal Rasmi

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan laporan empat juta data yang bocor diperoleh daripada portal rasminya menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.

Menurut kenyataan itu, siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data serta maklumat seperti yang didakwa.

Baca: Pangkalan Data Mengandungi 4 Juta Data Rakyat Malaysia Dijual

“Pihak LHDN sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan tersebut.

“LHDN amat kesal dengan laporan dan dakwaan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data serta maklumat mereka,” kata kenyataan itu pada Selasa.


Dalam pada itu, LHDN turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan perkara yang tular selain tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk mengelirukan dan menipu masyarakat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pengkalan data membabitkan empat juta dipercayai milik JPN dijual di forum pasaran data terkenal dengan tanda harga 0.2 BTC bersamaan sekitar RM35,495. – Sinar Harian

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori