Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Ketua Editor Utusan...

KUALA LUMPUR - Said Zahari, mantan ketua pengarang akhbar Utusan Melayu yang pernah...

Umno Terima 4995 Permohonan...

KUALA LUMPUR: UMNO menerima 4,995 permohonan keanggotaan baharu secara dalam talian sejak sistem...

Ribut Petir, Hujan Berterusan...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang yang melanda kebanyakan...

Batal Perjanjian Dari Sudut...

SEPERTI biasa pihak Pembangkang akan memutar belit apa sahaja isu di depan mereka....

LHDN Mohon Kes Saman Anak Najib Diputus Tanpa Bicara

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon supaya kes samannya terhadap Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang menuntut agar anak bekas perdana menteri itu membayar cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta, diputuskan melalui penghakiman terus, tanpa melalui perbicaraan.

Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Mohd Nazifuddin memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim hari ini, yang turut dihadiri Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus, mewakili LHDN.

Wee berkata, LHDN telah memfailkan permohonan itu semalam, tetapi ia tidak diserahkan kepada anak guamnya lagi.

LHDN sebagai plaintif memohon untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Penghakiman terus ialah di mana mahkamah memutuskan sesuatu kes didengar melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.

Wee berkata pihaknya juga telah memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding di mahkamah sementara menunggu rayuan berhubung taksiran, diputuskan LHDN.

“Pihak kami telah memfailkan rayuan kepada LHDN pada 11 April lepas, berhubung jumlah taksiran tambahan yang perlu dibayar oleh anak guam kami dan 25 Okt ditetapkan untuk sebutan, bagi rayuan berkenaan di LHDN,” katanya.

Peguam itu berkata Hakim Ahmad Zaidi menetapkan 28 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini, dengan menamakan Mohd Nazifuddin, 36, sebagai defendan.


Mengikut penyataan tuntutan itu, kerajaan Malaysia mendakwa Mohd Nazifuddin masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2011 sehingga 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Dakwa kerajaan Malaysia, oleh kerana Mohd Nazifuddin gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2011 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan, di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu, menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan, terhadap defendan.

Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang, termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM37,644,810.73.

Oleh itu, kerajaan Malaysia menuntut daripada defendan jumlah RM37,644,810.73, faedah atas jumlah RM37,644,810.73 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 25 Jun lepas, kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap Najib menuntutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Selepas Najib dan Mohd Nazifuddin disaman LHDN, anak perempuannya Nooryana Najwa, 31, pula diarah membayar cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

Kategori