Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Independent Barber, Kedai Gunting...

JIKA di Barat, gaya potongan rambut ala Inggeris pompadour buat golongan lelaki sudah...

Mayat Wanita Dibawa Arus...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja kilang yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di...

Menang Dengan Arsenal Tak...

CHELSEA sangat unggul untuk Arsenal, justeru Antonio Conte tidak perlu mengambil risiko menurunkan...

Bantuan Khas Kewangan RM500...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500...

LGBT Bukan Minta Kahwin Sejenis

SHAH ALAM – Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan.

Aktivis, Datin Marina Mahathir berkata, ia termasuk hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Menurutnya, golongan berkenaan langsung tidak meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.

“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkan lah itu semua tak boleh?

“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini?

“Kalau mereka sakit takkan nak biarkan saja di tepi jalan? Kalau mereka didera atau dipukul, bukankah mereka ada hak untuk laporkan kepada polis dan dapat tindakan daripada polis seperti kita semua? Itu saja yang mereka minta, bukan lebih daripada itu.

“Adakah undang-undang kita membenarkan kita dengan tak pasal-pasal nak pergi pukul orang atau menghalang orang daripada bekerja tanpa ada alasan yang baik. Jadi kita kenalah ikut undang-undang.

“Ada yang kata hak sama rata yang dituntut itu seperti membenarkan golongan lelaki kahwin dengan lelaki misalnya. Mana ada ini semua. Di Malaysia tak ada sebab undang-undang kita tak benarkan, dan mereka tak minta perkara itu langsung.

“Kononnya mereka nak cabar undang-undang? Mungkin perkara itu tak akan jadi langsung. Mereka hanya minta hak mengikut undang-undang dan perlembagaan kita sekarang, itu saja.


“Itu pun kita tak nak beri, kenapa? Ini hak asasi ‘basic human right’ bukan lebih daripada itu. Ini semua rekaan orang yang suka sangat nak diskriminasi.

“Diskriminasi ini wujud kerana kejahilan kebanyakan masyarakat mengenai keadaan sebenar golongan ini. Kejahilan ini kemudiannya membawa kepada ketakutan.

“Mereka adalah golongan minoriti. Seperti di negara Barat, orang kata Islam nak ambil alih, tapi orang Islam minoriti tak boleh ambil alih. Punca timbulnya salah faham ini ialah kerana kejahilan, sama juga dengan di sini.

“Kalau ditanya tentang perasaan, sudah tentu mereka sedih kerana mereka hanya mahukan pemahaman mengenai keadaan mereka dan memberi mereka peluang untuk hidup sebagai rakyat biasa.

“Perkara utama yang saya nak tekankan ialah mereka tak minta benda yang lebih, hanya hak-hak yang dijamin untuk semua rakyat Malaysia, itu saja.

“Tapi saya yakin, rakyat Malaysia semuanya baik hati dan berperikemanusiaan. Tidak akan ada diskriminasi kalau mereka tahu keadaan yang betul. Jadi, saya rasa ini tanggungjawab pihak media untuk memberikan gambaran yang lebih tepat,” katanya kepada Sinar Harian. – Sinar Harian Online

Kategori