Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hasrat Gadis 14 tahun...

Seorang gadis Muslim berharap untuk menjadi penari Balet Profesional pertama yang memakai hijab.Stephanie...

20 Maut Insiden Banduan...

RIO de JANEIRO - Sekurang-kurangnya 20 maut, selepas banduan cuba melarikan diri dari...

Kes Pembunuhan Jong-nam: Media...

KUALA LUMPUR - Video memaparkan kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam,...

Insiden Pelanggaran Kapal Tak...

JOHOR BAHRU – Pelanggaran kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) USS John S McCain...

LGBT: Bermegah Dengan Mungkar Undang Bala

LGBT adalah kemungkaran yang wajib ditegah dan penyakit yang wajib dicegah sama ada oleh pihak kerajaan atau masyarakat.

Suasana yang berlaku pada hari ini sudah melampau sehingga bermegah-megah dengannya. Perasaan malu sudah hilang. Golongan ini diangkat dan disanjung sama ada secara sedar atau tidak.

Maka mereka dengan megah mendabik dada kerana dibela oleh pihak-pihak di dalam dan luar negara kononnya di atas asas hak asasi manusia. Walhal apa yang mereka lakukan bercanggah dengan tabiat semula jadi manusia.

Tidak salah mendekati mereka dengan tujuan untuk menasihati dan membimbing bukan mendorong dan menyokong apatah lagi mengangkat golongan ini sebagai tokoh dan ikon.

Perlu diingat, di sana ada perbezaan antara melakukan kemungkaran dan bermegah-megah melakukan kemungkaran.

Bermegah-megah melakukan kemungkaran boleh mengundang bala daripada Allah. Kaum dan umat yang ditimpa bala oleh Allah di zaman dahulu adalah kerana mereka bermegah-megah melakukan kemungkaran.


Kaum A’ad, Tsamud, penduduk Sadom dan lain-lain lagi dibinasakan oleh Allah apabila mereka menzahirkan kemungkaran dan bermegah-megah dengannya.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada bala-Nya. Sesungguhnya Allah menjadi saksi bahawa kami telah menyampaikan amaran ini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
1 Zulhijjah 1439 / 13 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 13/8/2018

Kategori