Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Singapura Naik GST, Malu...

SINGAPURA baru sahaja mengumumkan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 7...

Keropok Tumis Hampir Pupus,...

KUALA TERENGGANU - 'Keropok tumis' yang dikatakan hampir pupus di Terengganu tiba-tiba muncul...

176 Penumpang Pesawat Ukraine...

TEHERAN - Kesemua 176 penumpang termasuk sembilan kru pesawat Ukraine dilaporkan terkorban dalam...

Seks Di Balkoni Salah...

SUSULAN penyebaran gambar aksi pasangan mengadakan hubungan seks di balkoni kediaman mereka yang...

Letupan Di Beirut Berpunca Daripada Ammonium Nitrat

BEIRUT – Sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat yang digunakan sebagai baja pertanian disimpan selama bertahun-tahun di sebuah gudang pelabuhan di bandar raya berkenaan meletup semalam sehingga menyebabkan berlakunya satu malapetaka.

Perdana Menteri Lebanon, Hassan Diab berkata, bahan tersebut dihantar dengan menggunakan sebuah kapal dan disimpan di sebuah gudang sejak tahun 2013.

“Adalah tidak masuk akal bahawa ammonium nitrat yang berada selama enam tahun di sebuah gudang tanpa melakukan sebarang langkah pencegahan sehingga membahayakan keselamatan penduduk,” kata Hassan seperti dilaporkan akhbar USA Today.

Bagaimanapun katanya, punca bahan itu meletup masih disiasat.

Siasatan awal pihak berkuasa menunjukkan ia kemungkinan satu kemalangan yang tragik dan sumber perisikan memberitahu Fox News semalam bahawa mereka tidak menafikan ada perbuatan khianat.

Ammonium nitrat juga pernah digunakan dalam kejadian pengeboman bandar raya Oklahoma di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1995.


Hassan turut menambah, pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian dua letupan tersebut akan mendapat hukuman setimpal.

Sementara itu, Naib Presiden Yayasan Pembela Demokrasi, Jonathan Schanzer memberitahu Fox News letupan di Lebanon bukannya akibat serangan tentera.

“Buat masa kini, ia kelihatan akibat keputusan gagal mengurus (ammonium nitrat dengan baik),” katanya.

Dua letupan yang berlaku itu menyebabkan 73 orang terkorban dan 3,700 orang cedera dan ia boleh didengar sehingga ke bandar Nicosia di Pulau Cyprus, timur Mediterranean yang sejauh 240 kilometer dari Beirut. – Agensi

Kategori