Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Lelaki Gelandangan Jadi Viral...

SEORANG lelaki yang hidup gelandangan kini menjadi sensasi internet selepas rakaman videonya bermain...

Calon Perlu Hargai Undi...

KUALA KANGSAR - Semua calon dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang...

JDT Rampas Kedudukan Selaku...

KOTA BHARU - Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan...

Johan As’ari Mengaku Salah,...

TINDAKAN Johan As’ari memuat naik entri mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Letupan Berganda Gegarkan Somalia

MOGADISHU – Dua letupan bom kereta di ibu negara Somalia semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 13 mangsa manakala 17 lagi cedera, menurut polis.

“Angka kematian meningkat kepada 13 orang termasuk orang awam dan askar. Seramai 17 lagi cedera dalam letupan berganda,” kata Mejar Mohamed Hussein kepada agensi berita Reuters.

Kumpulan militan al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda mengesahkan pihaknya bertanggungjawab melakukan serangan berdarah itu di ibu kota Somalia iaitu 400 meter dari kediaman Presiden.

Terdahulu, Mohamed menyatakan bahawa pihaknya sedang menyia­sat berhubung dakwaan ada kejadian letupan kedua berlaku di kawasan sama.

“Letupan bom kereta bunuh diri itu berlaku di sebuah pos pemeriksaan. Angka kematian mungkin meningkat,” jelas Mohamed.


Seorang saksi memberitahu Reuters bahawa dia melihat sekurang-kurangnya dua mayat di lokasi letupan kedua.

Antara yang terkorban ialah seorang wartawan, dua kakita­ngan sekuriti dan pemandu yang bekerja untuk stesen penyiaran tempatan Universal TV. Mereka terkorban selepas kenderaan dinaik melalui kawasan pos kawalan berkenaan terkena letupan pertama. – Reuters/AFP

Kategori