Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kenali 5 Selebriti Barat...

BERITA mengenai nahas udara melibatkan beberapa pesawat komersial di seluruh dunia sejak akhir-akhir...

19 Rumah Kedai Terbakar...

KUANTAN - Sembilan belas rumah kedai di Pekan Damak, Jerantut dekat sini, musnah...

TUDM Terima Dua Pesawat...

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima dua pesawat Pilatus PC-7...

Gambar Gorila Korek Hidung...

SELAIN memiliki batang tubuh menyerupai manusia, gorila memiliki otak agak geliga dan kadangkala...

Lepas Teruk Dikecam, Kerajaan Akhirnya Umum Turun Harga RON95

SELEPAS teruk dikecam kerana mengekalkan harga minyak di pasaran walaupun harga minyak dunia telah menurun, kerajaan Pakatan Harapan akhirnya mengumumkan harga akan turun bulan depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan perkara ini melalui satu kenyataan hari ini, dipercayai untuk meredakan keadaan ekoran dipersoalkan banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang.

Kerajaan PH didakwa mengenakan cukai kepada rakyat kerana harga RON95 kekal pada RM2.20 seliter walaupun harga minyak mentah dunia telah merosot selama beberapa minggu.

Persoalan mengenai tindakan ini bagaimanapun tidak dinafikan kerajaan.

Mengakui yang harga minyak dunia memang menurun, Guan Eng berkata harga minyak RON95 akan lebih murah bermula bulan depan, Januari 2019.

Perkembangan ini mengesahkan dakwaan strategis Rafizi Ramli yang mendakwa kerajaan mencukai rakyat kerana harga masih tidak turun walaupun harga minyak dunia telah turun untuk beberapa minggu.

Pengakuan daripada pihak PH sendiri mendorong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dakwaan itu dan meminta Guan Eng menjawab.


Najib sebelum ini menimbulkan persoalan kenapa harga minyak RON95 kekal seperti sebelumnya walaupun pada masa penurunan harga minyak global.

Kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini, perubahan harga hanya akan berlaku Januari kerana penetapan harga mengikut bulan.

“Harga runcit terbaru akan ditentukan pada 1 Januari, dan akan membenarkan pengguna menikmati kesan kejatuhan harga minyak dunia dengan lebih cepat,” katanya.

Katanya bermula Januari 2019, penetapan akan dilakukan secara mingguan. – Mynewshub.tv

Kategori