Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jurunikah Rebah Ketika Baca...

KLUANG - Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Kluang meninggal dunia...

Bantailah, Saya Tak Kisah...

BERIKUTAN gambar viral nasi goreng tiada GST yang dimuat naik oleh Datuk Ahmad...

Cadangan Cuepacs Naik Gaji,...

SEREMBAN – Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam...

Menang Liga Juara-Juara: Apa...

CRISTIANO Ronaldo telah bercakap tentang peluang Real Madrid untuk menang dalam Liga Juara-Juara...

Lepas Ikuti Kelas Lakonan, Amira Othman Lebih Yakin

UMUM mengetahui industri hiburan kini banyak dengan lambakan pelakon dan artis baharu. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang kualiti mereka.

Disebabkan itu juga, pernah suatu ketika dahulu timbul isu pelakon ‘kayu’ dan ramai yang tampil memberikan solusi penyelesaian.

Antaranya pelakon Que Haidar yang mencadangkan pelakon baharu ini mengikuti kelas lakonan, manakala Nabil Ahmad turut ingin mengadakan kelas lakonan kepada mereka yang ingin menyertainya.

Baca: Bengkel Kelas Lakonan Anjuran Nabil Cuma RM300

Nampaknya, sudah ada artis yang menerima baik dan mengikut cadangan tersebut.

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengakui dia ada mengikuti kelas lakonan yang dikendalikan khas oleh Que Haidar.

Menurut penyanyi lagu Hati-Hati ini, dia merasakan lakonannya lebih baik dari sebelum ini lebih-lebih lagi dalam drama terbaru yang disiarkan Astro.

“Sebenarnya saya mengambil kelas lakonan bersama Que sebelum saya menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri Red Velvet lagi.

“Tidak sangka tawaran berlakon drama ini datang ketika saya sedang menjalani kelas lakonan tersebut.

“Malah saya masih lagi menjalani kelas lakonan tersebut biarpun sudah memulakan penggambaran.

“Saya rasa lebih yakin kini apabila sudah mempunyai sedikit ilmu dalam bidang lakonan, sekurang-kurangnya ia membantu saya untuk memperbaiki lakonan saya,” katanya dipetik Astro Gempak.


Pelakon Abang Bomba I Love You ini juga menyatakan dia mengikuti kelas lakonan berkenaan atas inisiatif dirinya yang ingin belajar lebih mendalam mengenai lakonan dan bukan atas paksaan sesiapa.

“Tiada siapa paksa atau suruh tetapi ia datang dari inisiatif saya sendiri untuk mencari ilmu dalam bidang lakonan.

“Ia sebagai kepuasan dan pencapaian diri saya sendiri sahaja,” katanya lagi.

Mungkin ada betul juga kata Amira, tidak salah untuk kita belajar walaupun sudah menceburi bidang tersebut terlebih dahulu.

Mungkin penonton-penonton yang menyaksikan Abang Bomba I Love You dapat menilai lakonan Amira sebagai watak Suhailah dalam drama Red Velvet pula. Mesti ada peningkatan kan..

Dalam pada itu, Amira akan muncul dengan single keempatnya yang berjudul Mimpi Indah tidak lama lagi. Good luck diucapkan! – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori