Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

905,271 Lengkapkan 2 Dos...

KUALA LUMPUR - Seramai 905,271 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi...

Malaysia Komited Tingkat Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk meningkatkan pelaburan di Indonesia, kata Menteri Perdagangan...

Kadar Tol Lebuh Raya...

PETALING JAYA - Kerajaan kini serius memikirkan langkah untuk menaikkan kadar tol sebanyak...

Logo ‘Visit Malaysia 2020’...

NAMPAKNYA isu rekaan logo 'Visit Malaysia 2020' bukan sahaja menarik perhatian akhbar-akhbar tempatan,...

Fazura Dilamar Berlakon Filem Seram Indonesia

SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki pujaannya, rezeki pelakon cantik manis Nur Fazura nampaknya lebih meluas.

Fazura kini masih lagi sibuk menjalani penggambaran bagi filem The Legend Of PONTIANAK bersama dengan Remy Ishak, Nadia Aqilah dan ramai lagi pelakon lain.

Filem baharu lakonan Fazura bersama dengan produksi dari seberang menerusi filem Ayat Ayat Cinta 2 sekali lagi membuatkan dirinya dilamar untuk membintangi sebuah filem seram di Indonesia.

Baca: “Dapat Tawaran Tak Fikir Lama, Terus Terima” – Fazura

Juga: Penerbit AAC2 Puji Gaya Lakonan Fazura Dan Bront

“Alhamdulillah, rezeki semakin murah untuk saya beraksi di layar perak Indonesia. Insya-Allah, saya bakal memasuki set penggambaran sebuah filem seram di Indonesia.

“Judulnya saya belum boleh dedahkan lagi tetapi jika semua urusan berjalan lancar, bulan Februari saya bakal ke Jakarta untuk membintangi filem seram tersebut,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Setiap kali pelakon drama Gol & Gincu itu berlakon bersama produksi dari seberang, dia tidak pernah langsung berasa kekok mahupun terasing kerana kesemua krew dan pelakon sentiasa mengalu-alukan kedatangannya.


“Saya belum pernah menghadapi sebarang masalah ketika menjayakan mana-mana filem Indonesia. Mereka tidak bersifat sombong dan menerima kehadiran saya dengan hati terbuka.

“Mereka membuatkan saya rasa sangat selesa dan hubungan semua pelakon dan krew produksi terjalin seperti satu keluarga besar,” tambahnya lagi.

Ayat Ayat Cinta 2 merupakan filem keempat penglibatannya bersama produksi luar dan filem seram yang akan datang ini akan menambahkan lagi bilangan itu.

Itu lah orang kata, rezeki selepas kahwin tak siapa yang tahu.

Lagi pula Fazura juga merupakan salah seorang pelakon yang mementingkan kualiti sesebuah karyanya agar ianya dapat memberi impak kepada yang menonton. – MYNEWSHUB.CC/AH


Kategori