Leonardo Dicaprio, Teman Wanita Kemalangan Di NY

AKTOR terkenal, Leonardo DiCaprio dan teman wanitanya, Nina Agdal; 24, dilapor terlibat kemalangan jalan raya di East Hampston, New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Kereta yang dipandu Leonardo dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Mini Cooper namun kesemua mangsa terlibat dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kereta Range Rover yang dipandu Leonardo dipercayai adalah milik rakan baiknya.

Sebaik dilanggar, Leonardo; 41, terus keluar daripada kenderaannya dan mententeramkan kekasihnya yang merupakan model berasal dari Denmark.

Leonardo Dicaprio, Teman Wanita Kemalangan Di NY

Aktor filem Wolf of Wall Street itu juga dilihat membantu pemandu wanita Mini Cooper itu yang terkejut keluar dari kenderaan dan turut menenangkannya. – MYNEWSHUB.CC

Leonardo Dicaprio, Teman Wanita Kemalangan Di NY

leo4

leo2

Loading...