Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Tembakan Mati Dalam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam yang mati akibat tembakan pengganas dalam serangan di...

Najib Bantah Jual, Tutup...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Najib Razak membantah sebarang rancangan untuk menjual...

Setiausaha Politik Kit Siang...

SHAH ALAM - Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Syahredzan Johan...

Fazley Yaacob Nafi ‘Sweet...

NAMA chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob boleh dikatakan cukup terkenal dan popular bukan...

Lembaga Peperiksaan Nafi Soalan Biologi SPM Salah

KUALA LUMPUR – Tiada kesilapan soalan bagi kertas peperiksaan Biologi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), demikian menurut Lembaga Peperiksaan.

Dalam kenyataan hari ini, Lembaga Peperiksaan menafikan laporan tentang kesilapan soalan bagi mata pelajaran tersebut.

“Perkara berkaitan salasilah keluarga yang dikemukakan adalah terkandung dalam kurikulum dan buku teks Biologi tingkatan lima.

“Bagi soalan berkenaan, calon dikehendaki membuat ramalan berdasarkan rajah salasilah keluarga yang diberikan,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu juga, Lembaga Peperiksaan melahirkan kekesalan terhadap masalah yang berlaku membabitkan kertas peperiksaan Braille (kertas peperiksaan khusus bagi calon cacat penglihatan) SPM 2018.


“Masalah tersebut berkemungkinan memberi kesan terhadap kefahaman dan jawapan calon. Lembaga Peperiksaan akan memastikan keadilan kepada calon adalah terjamin dengan memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan,” katanya.

Justeru, Lembaga Peperiksaan akan memastikan masalah seumpama itu tidak akan berulang pada masa hadapan. – BERNAMA

Kategori