Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Iklan Viral: Nak Jual...

BERMACAM-MACAM cara marketing produk boleh kita jumpa zaman sekarang ni, malah ada iklan yang...

Kerajaan P.Pinang Sedia Beri...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

PKP: Penerima Vaksin Boleh...

KUALA LUMPUR - Individu yang ingin merentas negeri bagi tujuan janji temu penerimaan...

AMK Bertegas Anwar Paling...

SHAH ALAM - Bayangkanlah jika logo rasmi pun tidak boleh sepakat, apatah lagi...

Finas Bakal Dianggotai Tokoh Berpengalaman

KUALA LUMPUR – Lembaga pengarah baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan dianggotai tokoh berpengalaman daripada semua bahagian dalam industri filem, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Gobind berkata barisan baharu itu akan turut menampilkan kalangan daripada bidang kewangan dan pengurusan yang memahami masalah semasa serta cabaran mendatang.

“Banyak yang perlu dilakukan. Harap-harap dapat umumkan barisan baharu dalam beberapa hari lagi,” kata beliau menerusi akaun Twitter hari ini.

Gobind sebelum ini dilaporkan berkata Finas memerlukan penstrukturan semula secara besar-besaran bagi memastikan kelancaran pengurusan dananya dan perubahan dalaman penting bagi tujuan itu.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tweet oleh seorang pengguna dikenali sebagai ‘@iestatiptra’ yang meminta menteri berkenaan “mendapatkan orang yang baik dengan idea yang bagus dan tiada motif peribadi.”

Sementara itu, Gobind berkata kementeriannya perlu memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan Finas supaya setiap orang mendapat peluang untuk berjaya.


Beliau percaya Malaysia mempunyai bakat dalam industri filem dan yakin mereka boleh bersaing di pentas global dalam industri ini.

“Dengan mewujudkan pasukan yang betul, kita boleh mencapai matlamat ini,” respons beliau kepada tweet oleh ‘@tunkumona’.

“Anda memerlukan mereka yang mencintai filem, berfikiran global, berwawasan dan paling penting, tiada agenda tersembunyi untuk menganggotai lembaga pengarah Finas,” menurut mesej tweet pengguna itu. – BERNAMA

Kategori