Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Diganggu Bekas Suami, Fasha...

TIDAK sampai lima bulan bergelar janda, pelakon Fasha Sandha dikatakan telah membuat laporan...

Teguran Tun M Tak...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk menegur...

Pelbagai Jenis Dadah Bernilai...

PORT DICKSON - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Polis Kontinjen Kuala Lumpur melupuskan...

Ammar Alfian Dituduh Ugut...

PELAKON Ammar Alfian sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas tersebarnya mesej di...

Lemas: Anak Sempat Gurau, Peluk Manja – Ibu

HULU SELANGOR – “Makin kuat saya tolak pelukan mereka, makin erat mereka memeluk saya.”

Demikian rintihan ibu kepada dua adik-beradik yang ditemukan mati lemas di Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung, menceritakan kenangan terakhirnya bersama-sama.

Hasina Ibrahim, 45, berkata beliau tidak menyangka gurauan manja kedua-dua anaknya Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan Abdullah, 10, selepas bangun tidur pagi semalam menjadi gurauan terakhir buatnya.

“Mereka (anak) memang sangat manja. Semalam bila bangun tidur, mereka gurau-gurau dan peluk saya. Adik baring di sebelah kiri, abang di sebelah kanan. Kedua-dua peluk saya tapi saya buat-buat tolak mereka.

“Saya cakap tidak mahu cium sebab dua-dua belum mandi. Tapi, makin kuat saya tolak mereka, makin erat mereka peluk saya,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini hari ini.

Hasina berkata anak kedua dan keempat daripada empat beradik itu yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 juga tidak hadir ke sekolah semalam kerana beliau tidak mengejutkan mereka.

“Semalam saya rasa berat hati sangat ingin kejutkan anak-anak ke sekolah malah bapa tiri mereka, Abdul Halim Rosli pun saya tidak kejutkan untuk pergi kerja. Tidak tahulah kenapa berat sangat rasa hati ini,” katanya.

Hasina berkata kedua-dua anaknya kemudian keluar rumah kira-kira pukul 2.30 petang untuk bermain dengan rakan-rakannya sebelum beliau dimaklumkan mengenai kejadian lemas tersebut.


Katanya, kehidupan mereka sekeluarga kini tidak lagi sama selepas kehilangan dua adik-beradik tersebut namun reda dengan ujian Allah.

“Tidak tahulah lepas ini macam mana ingin teruskan kehidupan. Memang saya agak sedih hilang dua anak sekelip mata. Semalam baru bergurau, hari ini sudah hilang di depan mata,” katanya.

Shahrizat dan Shahrizwan merupakan dua daripada lapan kanak-kanak yang lemas selepas menangguk ikan di Sungai Selangor di Kampung Timah semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika menangguk ikan di sungai itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dipergiatkan. – BERNAMA

Kategori