Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Sanggup Menderita Demi Pinggang...

New York – Selama tujuh tahun Kelly Dekay memakai korset dan kini dia...

Liga Super: Pengadil Berat...

GEORGE TOWN - Biarpun gembira mendapat satu mata ketika berdepan Selangor dalam aksi...

Pengabdi Setan Buat Penonton...

BAGI peminat filem genre seram pasti anda tak terlepas untuk menonton filem Pengabdi...

Pegawai TLDM Didakwa Perdaya...

MELAKA - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di...

Lelaki Tipu Jual Kereta Murah Di Internet Ditahan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang memperdaya lebih 80 individu dengan menawar penjualan kereta murah yang tidak wujud membawa padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md Din berkata lelaki berusia 42 tahun itu telah ditahan di Sitiawan, Perak jam 3 petang.

“Turut dirampas ialah dua unit telefon bimbit dan enam keping kad mesin juruwang automatik (ATM) serta satu unit komputer riba yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti penipuan itu.

“Suspek dipercayai bergiat aktif sejak tahun lepas dan setakat ini, kami telah menerima sebanyak 81 laporan polis berhubung tindakan suspek ini yang melibatkan kerugian keseluruhan RM218,500,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Kamaruddin berkata, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengiklankan tawaran penjualan kereta murah dalam media sosial seperti Mudah.my, Facebook dan Instagram.

“Mangsa yang berminat dengan kereta tersebut diminta untuk membuat bayaran pendahuluan antara RM500 hingga RM3,000.

“Selepas sehari, suspek akan memaklumkan kepada mangsa bahawa kereta yang ingin dijual itu terdapat pembeli lain yang sanggup membuat pembayaran penuh,” katanya.


Beliau berkata suspek akan menghilangkan diri selepas pembayaran penuh diterima daripada mangsa.

Mohd. Kamaruddin berkata, siasatan lanjut mendapati suspek telah menggunakan 11 akaun bank tempatan milik lima individu dipercayai ‘keldai akaun’ untuk proses transaksi wang dari mangsa kepadanya.

“Kami akan membuat permohonan tahanan reman esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori