Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 5,000 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Lebih 5,200 syarikat di Sabah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam...

Jerebu: 6 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Enam kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...

Akaun Media Sosial Palsu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau kehadiran akaun-akaun media...

Kementerian Pendidikan Anjur Jerayawara...

PUTRAJAYA - Jerayawara Anugerah Akademik Negara (AAN) digerakkan mulai tahun ini mengikut zon...

Lelaki Thailand Maut Ditikam Isteri

GEORGE TOWN – Seorang pembantu kedai makan warga Thailand maut selepas ditikam isterinya dalam pergaduhan di sebuah kedai masakan Thailand, Gat Lebuh Chulia di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V.Saravanan berkata mangsa Suriya Kanchaiyaphum, 36, maut di tempat kejadian akibat tikaman di dada kirinya dalam pergaduhan pukul 10 malam itu.

“Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri berkenaan bekerja di kedai makan di tingkat bawah premis dua tingkat itu dan berlaku pergaduhan antara mereka dipercayai disebabkan wang.

“Semasa bergaduh itu, isteri mangsa telah bertindak mengambil sebilah pisau di dapur dan menikam dada kiri suaminya, lelaki berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Saravanan berkata susulan kejadian itu, polis menahan isteri mangsa berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut dan pihaknya turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.


Katanya, pasangan itu bekerja di kedai makan berkenaan serta tinggal di rumah tumpangan di tingkat atas premis dua tingkat itu sejak tahun lepas dan berdasarkan keterangan saksi mereka pernah bergaduh beberapa kali sebelum ini.

“Wanita itu akan direman untuk membantu siasatan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut di kedai makan dan tingkat atas premis itu, polis menahan tujuh lelaki Thailand berusia 20 hingga 40 tahun kerana pelbagai kesalahan Imigresen.

Beliau berkata semua lelaki itu dipercayai bekerja di kedai makan berkenaan dan mereka direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori