Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cara Delevingne Suka Seks...

PELAKON dan model terkenal, Cara Delevigne mengakui gemar melakukan hubungan seks dalam pesawat.Perkara...

Juruteknik IT Pulapol KL...

PORT DICKSON - Seorang juruteknik IT Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur maut apabila...

TERKINI: Gempa Bumi Turkiye,...

HATAY: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria, sudah...

Tiada Masalah Kalau Mahu...

JAKARTA - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menegaskan "tiada bermasalah untuk berpantun"...

Lelaki Tertembak Mati Rakan Ketika Buru Babi Hutan

LUMUT – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena tembakan rakannya ketika mereka memburu babi hutan di sebuah hutan di kawasan Segari, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata mangsa yang berumur 28 tahun itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung pada 12.15 tengah hari tadi.

Muhamad Hanif berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira 11.10 pagi ini.

“Mangsa dibawa rakannya itu ke Hospital Seri Manjung dengan menaiki keretanya sendiri sebelum dimaklumkan oleh pihak hospital mangsa tidak dapat diselamatkan berikutan kecederaan teruk di bahagian tengkuk,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Hanif berkata ketika kejadian hanya mangsa serta rakan lelakinya itu berada di tempat kejadian dan hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang pertelingkahan dan kejadian adalah tidak disengajakan.


Beliau berkata rakan mangsa yang berumur 49 tahun kini ditahan dan pihak polis merampas selaras senapang patah serta beberapa butir peluru hidup untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.- BERNAMA

Kategori