Lelaki Tanam Kereta Belakang Rumah

BEIJING – Seorang lelaki yang melakukan kesalahan langgar lari, menanam keretanya di belakang rumah untuk menghapuskan bukti selepas diburu pihak berkuasa di bandar Dali, wilayah Shaanxi.

Menurut laporan media China, dalam kejadian pada Khamis lalu, suspek melarikan diri selepas kereta dipandunya melanggar seorang pejalan kaki dan tiga mangsa berbasikal elektrik hingga mangsa cedera.

Susulan kejadian itu, polis berusaha mengesannya dengan menggunakan serpihan bumper kereta yang ditemui di tempat kejadian serta meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV.

Portal berita tempatan Cnwest.com melaporkan, pihak polis turut menyebarkan gambar suspek di media sosial dan wakil beberapa buah kampung.

Suspek yang menyerah diri Ahad lalu, selepas dipujuk bapanya memberitahu dia menanam kereta berkenaan kerana bimbang dipenjara. – Agensi/myMetro Online