Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Juruterbang Berselfie Punca Pesawat...

SELFIE ketika mengendalikan pesawat mungkin menjadi punca kematian seorang juruterbang dan penumpang pesawat...

Datuk Sekeluarga Ditemui Selamat...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk bersama isteri dan empat orang anaknya...

Polis Sahkan Warga Korea...

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh...

Masyarakat Siam Digesa Tak...

PENDANG - Masyarakat Siam di Kedah diingatkan agar terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu telah...

Lelaki Rampas Pesawat Di Bangladesh Ditembak Mati

DHAKA – Anggota komando Bangladesh pada Ahad menyerbu sebuah pesawat penumpang milik Biman Bangladesh Airlines di sebuah lapangan terbang di tenggara bandar Chattogram dan menembak mati seorang lelaki bersenjata yang cuba merampas penerbangan ke Dubai itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Mejar Jeneral Motiur Rahman dari Angkatan Tentera Darat Bangladesh memberitahu pemberita suspek maut akibat kecederaan yang dialami semasa operasi komando itu.

Beliau berkata perampas itu, yang dikenal pasti sebagai Mahadi, 25, memiliki sepucuk pistol.

Suspek bertindak secara agresif dan enggan memberi respons kepada tawaran untuk berunding, kata Rahman.

Seorang pegawai Perhubungan Awam Antara Angkatan Tentera Darat Bangladesh memaklumkan Xinhua menerusi aplikasi mesej bahawa semua penumpang dibawa keluar dengan selamat dari penerbangan BG147.

Menurut para pegawai, penerbangan pesawat rasmi negara itu melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat di Chattogram, kira-kira 242km di tenggara ibu kota Dhaka, pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (1140 GMT), beberapa jam selepas ia berlepas dari Dhaka.


Naib Marsyal Udara, Muhammad Mafidur Rahman dari Angkatan Tentera Udara, yang mengetuai operasi itu, memaklumkan pemberita terdapat 142 penumpang, 5 kru kabin dan 2 juruterbang di atas pesawat jenis Boeing 737-800 tersebut.

Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Bangladesh (CAAB) Naim Hassan berkata suspek, yang kelihatan agak tidak seimbang dari segi mental, memberitahu juruterbang bahawa dia mempunyai masalah dengan isterinya dan ingin memaklumkan perkara itu kepada perdana menteri. – BERNAMA

Kategori