Lelaki Nigeria Bunuh Siti Kharina Didakwa

SEPANG – Seorang lelaki warga Nigeria yang juga suspek utama dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 36, selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret A. [email protected] Acho berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian keatas Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, di sebuah unit Kondominium Third Avanue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, telefon bimbit, televisyen litar tertutup (CCTV) dan laporan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu dalam mahkamah sama, dua lagi rakan tertuduh iaitu lelaki warga Pakistan Rasool Ghulam, 38, dan wanita Nigeria Cletus Helen Eboh, 35, yang ditahan berkaitan kes itu dibebaskan selepas mahkamah memberikan jaminan bon masing-masing RM11,000 dan RM13,000 kepada mereka.

Pada masa sama mahkamah turut memerintahkan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Loading...